Warga SMK Kompleks KLIA 2012

Warga SMK Kompleks KLIA 2012

Thursday 5 January 2012

Sejarah Penubuhan Sekolah


            Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA  (SMKKKLIA) ditubuhkan secara rasmi pada 16 Jun 1998 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan  kompleks KLIA(SKKKLIA) yang terletak bersebelahan  SMKKKLIA. Sekolah ini terletak dalam kawasan kuaters KLIA. Guru perintis SMKKKLIA seramai 19 orang yang terdiri daripada pengetua sekolah(guru lelaki) dan 18 orang guru yang kesemuanya perampuan. Pengetua pertama ialah Encik Abdul Hamid Bin Akub. Penolong Kanan Akademik pertama ialah Pn Hjh Norhayati. Penolong Kanan HEM yang pertama ialah Pn Sakdiah Bt Abdul Rahman. Penolong Kanan  Kokurikulum yang pertama ialah Pn Sarinah Bt Hashim. Seramai 55 orang pelajar mendaftar pada hari pertama persekolahan di sekolah ini pada 20 Jun 1998. kelas pertama mula beroperasi pada hari pertama persekolahan (tingkatan 1 - tingkatan 4) dengan nama  1 Suria, 2 Suria, 3 Suria, 4 Suria.
            Pada hari sabtu 10 Julai 2004, bersamaan 22 Jamadil awal 1425 H, SMKKKLIA telah berjaya mengadakan Majlis Perasmian Sekolah bertempat di dewan SMKKKLIA. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa, para jemputan, dif-dif kehormat dan Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Hj Mohamad Bin Hj Hassan. Ketibaan YAB telah disambut meriah dengan paluan rebana sambil di iringi oleh dif-dif kehormat, para jemputan serta membawa bunga manggar dan sireh junjung. Selain itu, YAB juga telah memeriksa barisan kawalan kehormat unit beruniform SMKKKLIA.

Read more...